Pengampunan Di Raja 16 Mei 2018 - Rekod Liwat dihapuskan Kes liwat Anwar Ibrahim II

Pada 16 Mei 2018, Yang Di Pertuan (YDP) Agong Sultan Muhammad V berkenan setelah melalui proses-proses pengampunan[32], mengampunkan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan pengampunan Penuh [33][34]. Sebaik sahaja beliau di ampunkan, Dato Seri Anwar telah menghadap YDP Agong di Istana Negara. Memetik kata-kata Dato Seri Anwar Ibrahim berkaitan pertemuan beliau dengan YDP Agong :

Saya tidak mohon ampun kerana saya melakukan kesalahan. Bahkan Yang di-Pertuan Agong menyebut kepada saya bahawa “saya pun mengampunkan bukan kerana anda bersalah. Saya mengampunkan kerana saya yakin anda tidak bersalah dan telah berlaku pelanggaran hukum dalam kes ini"[35]

Pengampunan Penuh bermaksud segala rekod kesalahan jenayah Dato Seri Anwar Ibrahim berkaitan liwat II di hapuskan[36][37]. Dengan pengampunan ini, Suruhanjaya Pilihanraya membenarkan Dato Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di dalam pilihanraya kecil Port Dickson pada Oktober 2018[38]. Pada 22 Nov 2018, mahkamah menolak saman pemula yang dikemukakan oleh seorang pengundi di Parlimen Port Dickson yang memohon perisytiharan bahawa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak layak bertanding untuk mana-mana kerusi Parlimen[39].

Rujukan

WikiPedia: Kes liwat Anwar Ibrahim II http://www.astroawani.com/berita-politik/prk-port-... http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=35287... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/news_lite.php...